Assalamualaikum w.b.t kepada semua, ni first blog Azah, haha, tak pernah pun terfikir nk buat blog nie, tapi sebagai tugasan, kenalah create satu, Okay di ruangan blog ini, Azah nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman Azah semasa mendapat tawaran masuk ke
uitm dan bagaimana hari-hari Azah di sana, In Shaa Allah..Sebelum terlupa, salam perkenalan kepada semua, full name Azah, Nur Azah Sakina binti Ismail, tapi semua boleh panggil Azah aje, Lahir di Hospital Selama, Perak dan membesar di Bandar Baharu, Kedah. Azah anak yang kesebelas daripada tigabelas adik beradik :). Dalam family, perempuan sebelas orang dan lelaki dua orang, haha.. Okay sekolah terakhir Azah sebelum masuk uitm ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Azah form six kat situ. Okay Setakat tu ja kot perkenalan, hee :p
Okay mula cerita, pada tarikh 5 Februari 2016. Rakan-rakan
sekolah bertanya tentang keputusan kemasukan ke universiti, sama ada diterima masuk ataupun tak, sebenarnya diri sendiri
pun xtahu keputusan akan diumumkan pada hari tersebut, Jadi, Azah pun semak lah keputusan tanpa mengharap apa-apa, sebab kalau terlalu mengharap, buat nya xdapat, memang frust laa kan, haha..tapi Alhamdulillah Azah dapat peluang untuk sambung degree dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat
(kepujian) Pengurusan Rekod (IM246). Rasa sangat bertuah dan gembira jugak sebab bidang ini merupakan bidang pertama dalam senarai pilihan :)
Mengikut surat tawaran, kami perlu
mendaftar sebagai pelajar baru di Uitm Puncak Alam manakala kampus tetap kami pula di Uitm Puncak Perdana. Masa mendaftar di khemah yang telah ditetapkan, kami diberi kunci rumah dan bilik di
uitm kampus Puncak Alam. Azah dapat rumah di tingkat empat bersama tujuh
lagi rakan baru.Tiga daripada mereka dari Kelantan, dua orang dari Ipoh, seorang
dari Pahang, seorang lagi dari Pulau Langkawi .
Di Puncak alam, kami perlu menjalani Minggu Destini Siswa atau (MDS) selama hampir seminggu. Di sana kami di gelar
sebagai mahasiswa baru (MB) manakala
kakak serta abang senior yang membimbing sepanjang Minggu Destini Siswa tersebut
digelar sebagai (PM) iaitu pemimpin mahasiswa. Di sana juga kami dibantu untuk menguruskan hal
pendaftaran akademik yang secara tak langsung telah memudahkan urusan kami :) Kami juga turut
disedakan makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Setiap hari kami disana,
hari-hari kami akan diisi dengan pelbagai pendedahan baru yang sememangnya
perlu diketahui oleh semua pelajar baru uitm, seperti mengenai sahsiah
rupadiri serta kami turut diberi sekeping kertas yang isinya terdapat lagu uitm
dihatiku dan wawasan setia warga uitm. Lagu wawasan setia warga uitm
kebiasaannya dinyanyikan pada setiap kali pembukaan majlis manakala lagu uitm
dihatiku dinyanyikan pada setiap kali penutupan majlis. Lirik lagu adalah
seperti berikut :
Wawasan
Setia Warga UiTM
Bersatu
kita warga UiTM
Kita
bangsa perkasa
Taat
dan setiaku untuk Negara
Penuh semangat waja
Kita
jangan mudah terlupa, pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita
jangan mudah terleka kemajuan keamanan yang ada
Kita
berterima kasih pada pemimpin-pemimpin Negara
Kita
rasa penuh bersyukur kerahmatan kemuliaan dariNya
Kamilah
pendukung pewaris bangsa
Kamilah
pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah
warga berwawasan..
Untuk… Negaraku
UiTM
di hatiku
Wujudku disini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
pelopor hidup, budaya bangsa, agama negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku
majulah bangsa
maju negara
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya... demi bangsa
watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayah bonda ku untuku semua... uitm.. usaha takwa.. mulia
Selama hampir seminggu kami di Puncak Alam,
kami diminta untuk membuat persembahan untuk majlis penutupan Minggu Destini Siswa sesi Mac-July 2016. Sebahagian pelajar mengambil bahagian dalam
persembahan untuk malam tersebut, mereka mula mebuat latihan bagi menjayakan
majlis penutupan.
Setibanya
pada hari tersebut, semua MB diminta untuk memakai baju berwarna putih,
tudung hitam, kain berwarna hitam, kasut bertutup berwarna hitam dan tudung
uitm yang perlu diletakkan pada bahagian hadapan,
manakala lelaki pula perlu memakan baju kemeja putih, seluar bewarna hitam dan
kasut bertutup bewarna hitam. Pada pagi hari penutupan, kami semua bergerak
dalam satu barisan yang panjang dan melalui tangga yang dipanggil ‘tangga maut’
kerana penggunaan tangga tersebut memerlukan pergerakan menurun dan mendaki yang
dikira agak panjang dan letih untuk dilalui, tapi Alhamdulillah, kami semua
selamat sampai di dewan yang akan berlangsungnya malam penutupan Majlis Destini Siswa. Kami berada di sana sehingga majlis bermula pada malamnya. Kami diberi
makan dan minum serta solat di surau berdekatan. Semua kelengkapan serta
kemudahan sudah disediakan, oleh itu, tidak menjadi masalah kepada kami apabila
kami diminta berada di sana dari pagi hingga malam.
Majlis yang ditunggu-tunggu telahpun
tiba, satu demi satu persembahan dipersembahkan oleh para pelajar yang
mengambil bahagian. Kami semua sangat terhibur dengan setiap persembahan yang
diberikan. Majlis berjalan dengan lancar. Akhirnya, majlis bersurai dan kami
dibimbing oleh kakak serta abang PM untuk pulang ke kolej Angsana iaitu kolej
yang kami diami sepanjang seminggu kami disana, Keesokkan harinya, kami diarahkan
untuk berpindah ke kampus yang telah ditetapkan mengikut surat tawaran. Jadi azah dan rakan-rakan yang lain,
dihantar ke uitm Puncak Perdana. Kami bergerak ke kampus uitm Puncak Perdana
dengan menaiki beberapa buah bas yang telah disediakan. Selang beberapa tempoh,
kami pun tiba di kampus uitm Puncak Perdana, setibanya kami di sana, kami disambut
dengan baik oleh ahli keluarga baru di uitm tersebut. Kemudian, kami turut diberi kunci rumah yang akan kami
diami, azah dapat rumah di tingkat lima bersama enam lagi rakan yang lain.
Ahli keluarga yang baru ini, terdiri daripada negeri-negeri yang
berlainan. Seorang dari negeri Sembilan, seorang lagi dari pulau pinang,
seorang lagi dari Pahang, lagi seorang dari Lahad Datu, Sabah, manakala lagi
dua orang berasal dari Jitra, Kedah. Sepanjang bersama mereka sehingga
hari ini, mereka sangat baik dan bertolak ansur :D
Setelah penat menjalani aktiviti MDS di uitm kampus Puncak Alam, sekali lagi kami perlu menjalani program yang lebih
kurang sama, cuma bezanya program ini hanyalah untuk pelajar pengurusan maklumat sahaja
yang terdiri daripada Pengurusan Rekod(IM246), Pengurusan Pusat Sumber(IM247), Pengurusan Perpustakaan(IM244) dan Pengurusan Sistem Maklumat (IM245). Program yang diberi nama Magim ini berlangsung
selama hampir seminggu, oleh itu, kuliah kami yang sepatutnya
sudah bermula terpaksa ditangguhkan kerana banyak perkara yang kami perlu selesaikan termasuklah pendaftaran subjek. Inilah antara fungsi program ini dijalankan, program
ini turut diselang selikan dengan beberapa aktiviti. Majlis berjalan lancar
sehingga hari penutupan. Hari penutupan tersebut agak seronok dengan pengisian
persembahan daripada rakan-rakan. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan
bersurai.
Sampai sini ja untuk kali nie, next time azah update lagi ye ;)