Wednesday, 20 April 2016

Bermulanya kehidupan di kampus :)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua, ni first blog Azah, haha, tak pernah pun terfikir nk buat blog nie, tapi sebagai tugasan, kenalah create satu, Okay di ruangan blog ini, Azah nak kongsikan sedikit sebanyak pengalaman Azah semasa mendapat tawaran masuk ke uitm dan bagaimana hari-hari Azah di sana, In Shaa Allah..Sebelum terlupa, salam perkenalan kepada semua, full name Azah, Nur Azah Sakina binti Ismail, tapi semua boleh panggil Azah aje, Lahir di Hospital Selama, Perak dan membesar di Bandar Baharu, Kedah. Azah anak yang kesebelas daripada tigabelas adik beradik :). Dalam family, perempuan sebelas orang dan lelaki dua orang, haha.. Okay sekolah terakhir Azah sebelum masuk uitm ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Azah form six kat situ. Okay Setakat tu ja kot perkenalan, hee :p

Okay mula cerita, pada tarikh 5 Februari 2016. Rakan-rakan sekolah bertanya tentang keputusan kemasukan ke universiti, sama ada diterima masuk ataupun tak, sebenarnya diri sendiri pun xtahu keputusan akan diumumkan pada hari tersebut, Jadi, Azah pun semak lah keputusan tanpa mengharap apa-apa, sebab kalau terlalu mengharap, buat nya xdapat, memang frust laa kan, haha..tapi Alhamdulillah Azah dapat peluang untuk sambung degree dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (kepujian) Pengurusan Rekod (IM246). Rasa sangat bertuah dan gembira jugak sebab bidang ini merupakan bidang pertama dalam senarai pilihan :)

Mengikut surat tawaran, kami perlu mendaftar sebagai pelajar baru di Uitm Puncak Alam manakala kampus tetap kami pula di Uitm Puncak Perdana. Masa mendaftar di khemah yang telah ditetapkan, kami diberi kunci rumah dan bilik di uitm kampus Puncak Alam. Azah dapat rumah di tingkat empat bersama tujuh lagi rakan baru.Tiga daripada mereka dari Kelantan, dua orang dari Ipoh, seorang dari Pahang, seorang lagi dari Pulau Langkawi .




            Di Puncak alam, kami perlu menjalani Minggu Destini Siswa atau (MDS) selama hampir seminggu. Di sana kami di gelar sebagai  mahasiswa baru (MB) manakala kakak serta abang senior yang membimbing sepanjang Minggu Destini Siswa tersebut digelar sebagai (PM) iaitu pemimpin mahasiswa. Di sana juga kami dibantu untuk menguruskan hal pendaftaran akademik yang secara tak langsung telah  memudahkan urusan kami :) Kami juga turut disedakan makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Setiap hari kami disana, hari-hari kami akan diisi dengan pelbagai pendedahan baru yang sememangnya perlu diketahui oleh semua pelajar baru uitm, seperti mengenai sahsiah rupadiri serta kami turut diberi sekeping kertas yang isinya terdapat lagu uitm dihatiku dan wawasan setia warga uitm. Lagu wawasan setia warga uitm kebiasaannya dinyanyikan pada setiap kali pembukaan majlis manakala lagu uitm dihatiku dinyanyikan pada setiap kali penutupan majlis. Lirik lagu adalah seperti berikut :



Wawasan Setia Warga UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk Negara
Penuh semangat waja
Kita jangan mudah terlupa, pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita jangan mudah terleka kemajuan keamanan yang ada
Kita berterima kasih pada pemimpin-pemimpin Negara
Kita rasa penuh bersyukur kerahmatan kemuliaan dariNya
Kamilah pendukung pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan..
Untuk… Negaraku

UiTM di hatiku

Wujudku disini di tanah anak merdeka
bagai obor ilmu memayungi putera puterinya
pelopor hidup, budaya bangsa, agama negara
pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
destinasi cita-cita negara dan bangsaku 
majulah bangsa
maju negara 
berkat usaha jaya MARA
kami berikrar akan berjasa
hingga kita berjaya... demi bangsa
watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
doa restu ayah bonda ku untuku semua... uitm.. usaha takwa.. mulia

           
Selama hampir seminggu kami di Puncak Alam, kami diminta untuk membuat persembahan untuk majlis penutupan Minggu Destini Siswa sesi Mac-July 2016. Sebahagian pelajar mengambil bahagian dalam persembahan untuk malam tersebut, mereka mula mebuat latihan bagi menjayakan majlis penutupan.

Setibanya pada hari tersebut, semua MB diminta untuk memakai baju berwarna putih, tudung hitam, kain berwarna hitam, kasut bertutup berwarna hitam dan tudung uitm yang perlu diletakkan pada bahagian hadapan, manakala lelaki pula perlu memakan baju kemeja putih, seluar bewarna hitam dan kasut bertutup bewarna hitam. Pada pagi hari penutupan, kami semua bergerak dalam satu barisan yang panjang dan melalui tangga yang dipanggil ‘tangga maut’ kerana penggunaan tangga tersebut memerlukan pergerakan menurun dan mendaki yang dikira agak panjang dan letih untuk dilalui, tapi Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di dewan yang akan berlangsungnya malam penutupan Majlis Destini Siswa. Kami berada di sana sehingga majlis bermula pada malamnya. Kami diberi makan dan minum serta solat di surau berdekatan. Semua kelengkapan serta kemudahan sudah disediakan, oleh itu, tidak menjadi masalah kepada kami apabila kami diminta berada di sana dari pagi hingga malam.

Majlis yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, satu demi satu persembahan dipersembahkan oleh para pelajar yang mengambil bahagian. Kami semua sangat terhibur dengan setiap persembahan yang diberikan. Majlis berjalan dengan lancar. Akhirnya, majlis bersurai dan kami dibimbing oleh kakak serta abang PM untuk pulang ke kolej Angsana iaitu kolej yang kami diami sepanjang seminggu kami disana, Keesokkan harinya, kami diarahkan untuk berpindah ke kampus yang telah ditetapkan mengikut surat tawaran. Jadi azah dan rakan-rakan yang lain, dihantar ke uitm Puncak Perdana. Kami bergerak ke kampus uitm Puncak Perdana dengan menaiki beberapa buah bas yang telah disediakan. Selang beberapa tempoh, kami pun tiba di kampus uitm Puncak Perdana, setibanya kami di sana, kami disambut dengan baik oleh ahli keluarga baru di uitm tersebut. Kemudian,  kami turut diberi kunci rumah yang akan kami diami, azah dapat rumah di tingkat lima bersama enam lagi rakan yang lain. Ahli keluarga yang baru ini, terdiri daripada negeri-negeri yang berlainan. Seorang dari negeri Sembilan, seorang lagi dari pulau pinang, seorang lagi dari Pahang, lagi seorang dari Lahad Datu, Sabah, manakala lagi dua orang berasal dari Jitra, Kedah. Sepanjang  bersama mereka sehingga hari ini, mereka sangat baik dan bertolak ansur :D

            Setelah penat menjalani aktiviti MDS di uitm kampus Puncak Alam, sekali lagi kami perlu menjalani program yang lebih kurang sama, cuma bezanya program ini hanyalah untuk pelajar pengurusan maklumat sahaja yang terdiri daripada Pengurusan Rekod(IM246), Pengurusan Pusat Sumber(IM247), Pengurusan Perpustakaan(IM244) dan Pengurusan Sistem Maklumat (IM245). Program yang diberi nama Magim ini berlangsung selama hampir seminggu, oleh itu, kuliah kami yang sepatutnya sudah bermula terpaksa ditangguhkan kerana banyak perkara yang kami perlu selesaikan termasuklah pendaftaran subjek. Inilah antara fungsi program ini dijalankan, program ini turut diselang selikan dengan beberapa aktiviti. Majlis berjalan lancar sehingga hari penutupan. Hari penutupan tersebut agak seronok dengan pengisian persembahan daripada rakan-rakan. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah dan bersurai.

Sampai sini ja untuk kali nie, next time azah update lagi ye ;)

No comments:

Post a Comment